ahlan wasahlan

Thursday, March 31, 2011

Ceramah Motivasi..

Tempat : Masjid Keputeraan MTAQ
Tarikh : 31/03/2011 (Khamis)
Anjuran : QUDWAH 2011
Penceramah : Ust A. Ubaidillah Alias

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhuwwah. Terlebih dahulu pihak kami meminta maaf kerana sudah lama tidak meng"update" blog ini dek kerana kesibukan di sekolah. Jadi, pihak QUDWAH MTAQ 2011 telah menganjurkan sebuah ceramah motivasi yang bertajuk "Huffaz Berkarisma"..Ceramah ini telah disampaikan oleh salah seorang lepasan pelajar MTAQ iaitu Ust A. Ubaidillah Alias atau lebih dikenali sebagai ustaz cinta. Beliau boleh dikenali dengan lebih dekat melalui blog beliau iaitu http://ustazcinta2.blogspot.com. Program motivasi ini adalah program motivasi pertama anjuran QUDWAH MTAQ 2011 kerana kebiasaannya pihak kami hanya menganjurkan program ceramah agama. Semua pelajar telah terlibat dalam program kali ini dan telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pelajar sama ada junior mahupun senior. Ceramah yang lebih banyak berkisar tentang kehidupan remaja dan bagaimana cara untuk mereka menghadapi masyarakat apabila keluar dari gerbang persekolahan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada para pelajar tentang apa matlamat mereka hidup di atas muka bumi ALLAH ini sebagai khalifah, hamba dan yang paling penting ialah sebagai HAMILUL QUR'AN. Pada pandangan ana, sebenarnya apa yang paling menarik pada ceramah motivasi ini ialah sesi soal jawab yang mendapat sambutan yang luar biasa dari para pelajar. Seperti yang ana katakan tadi, ustaz Ubaidillah turut dikenali sebagai ustaz cinta..hehe..jadi banyaklah soalan yang diajukan oleh para pelajar mengenai cinta, couple islamik, hukum bercinta dan sebagainya. Walaubagaimanpun, bukan semua soalan dapat terjawab kerana masa mencemburui kami..cheh (nok wak ghuano ore azan zohor doh)..Sebelum ana terlupa..hm, pada hari ini juga telah diadakn mseyuarat agong PIBG..
Read more...