ahlan wasahlan

Sunday, January 30, 2011

Kem Kepimpinan Islam (KPI) 2011 siri 1

Anjuran:
Unit Dakwah, Unit Disiplin, Unit Kaunseling dan Unit HEM Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong

Tempat:
Pusat Pembangunan Ummah Kelantan (PUPUK) ,Labok, Machang

Masa:
3hari ,2 malam

Tarikh:
27/01/2011 - 29/01/2011

Program ini diadakan untuk PENGAWAS,QUDWAH dan MAJLIS PELAJAR bagi pimpinan yang lebih berdisiplin dan lebih berwibawa. Peraturan yang sedikit ketat seperti makan hanya selama 3 minit dsb ditambah lagi dengan kekurangan air telah memberi satu cabaran kepada kami yang telah membusuk selama 3 hari..Program-program yang diaturkan cukup menarik dengan bantuan abang-abang fasilitator dari KIAS seramai 6 orang yang membimbing kami sepanjang 3 hari kami berkampung di sini. Program ini sudah semestinya tidak sunyi dari latihan dalam kumpulan (LDK) yang cukup bermanfaat buat kami semua..Banyak aktiviti yang dilakukan di dalam LDK seperti membuat persembahan, jogging sambil mengusung rakan (rakan yang besar..adoi patah tulang ana), pembentangan dan sebagainya..Slot ceramah juga turut menyerikan lagi kem ini dengan 4 slot disajikan kepada kami dimulakan dengan Ust Nordin Jaafar yang menerangkan tentang konsep syahadah, Ust Zainuddin, Rasulullah Qudwah Hasanah, Ust Fakhri Mohd yang membincangkan tentang tanggungjawab individu muslim dan Ust Hadiyuddin yang cukup ceria menyampaikan ceramah beliau. Melalui aktiviti yang dilakukan di dalam LDK, markah dikumpul untuk menetukan kumpulan manakah yang paling hebat.. Kumpulan 6 yang diketuai oleh Presiden, Ahmad Najmi Aslam telah menduduki tempat pertama manakala Kumpulan 5 yang dikepalai oleh saudara Muhammad Arif Abdullah telah menggondol hadiah tempat kedua diikuti oleh kumpulan 1 yang ditunjangi oleh saudara Amirul Mustaqim yang tidak kurang hebatnya. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang dapat dipelajari dan insyaallah dikhabarkan akan dianjurkan lagi program seperti ini dalam tahun ini sebanyak 2 kali lagi...


No comments:

Post a Comment