ahlan wasahlan

Saturday, December 10, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2011

assalamualaikum...

alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala pemberian nikmat-Nya, selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W yang memebawa rahmat untuk sekalian alam..sudah agak lama kami Lajnah Penerangan dan Penerbitan tidak mengemas kini blog di sebabkan beberapa faktor.di samping, pelajar 1,2,3 dan 5 MTAQ sedang menduduki fatrah peperiksaan.bittaufiq wannajah..semoga dipermudahkan oleh Allah.
ندعوا لكم النجاح والتفوّق...segala cadangan, tunjuk ajar, dan komentar oleh pembaca diharapkan dapat membantu kami memperbaiki bloq ini dan menyumbang ke arah pembangunan umat Islam..^_^

renungan :
'kita amat bersungguh-sungguh manghadapi peperiksaan, penuh dengan persediaan..apa yang ingin kita hadapi 1 atau 2 jam di dalam dewan peperiksaan..namun, bagaimanakah persediaan kita menghadapi 1 atau 2 jam di akhirat yang ingin dihitung hari di akhirat adalah 1 hari bersamaan 1000 tahun( قال الله تعالى :ألف سنة ممّا تعدّون)..maka begitulah persediaan kita di dunia
Read more...

Hayati Cuti Anda!!!


Bismillahir Rahmanir Rahim..
Assalamualiakum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW..setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi..dengan nikmatNya yang tidak terhingga..yang mana kita boleh umpamakan seperti makhota..apabila seorang raja memakai mahkota itu..maka segala arahan nya akan dijalankan.segala perbuatan dapat dilakukan..tetapi, apabila kehilangannya..baru terfikir akan nikmat yang dikurniakan.bercakap tentang nikmat..cuti panjang ini, mesti lah suatu nikmat untuk kita.bahkan untuk seorang pelajar yang tinggal di asrama penuh..sekolah menengah, mahupun agama atau tahfiz adalah suatu yang ditunggu-tunggukan.namun, harus kita ingat mensyukuri nikmat itu penting agar kita termasuk di dalam golongan yang sedikit..Allah berfirman :

7. dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras". Surah Ibrahim.

13. ....dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu Yang bersyukur. Surah
Saba'

Maksud syukur pula ialah, kita menggunakan pemberian Allah itu dengan sebaiknya..contohnya : jika pen itu digunakan untuk menulis, tetapi kita menggunakan untuk membunuh..semstinya ianya tersimpang dari tujuan pen itu diciptakan..dan manusia, tidka lain, tidak bukan diciptakan untuk : Allah berfirman :

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Surah Az-zariyat

Ha! Begitulah tujuan kita di dunia...yang merupakan jambatan untuk ke akhirat..jika kita tahu bahawasanya di seberang sana ada tempat yang menarik.sudah tentu kita akan melintasi jambatan ini dengan cepat tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri..

Pembaca yang di rahmati Allah..
Hayatilah cuti anda dengan sebaiknya..jangan membazirkan masa dengan perkara yang tidka berfaedah.
Semakin hari, semakin singkat umur kita dan semaikn hampir ke destinasi sebenar..
Ayuh!! Kita mengorak langkah untuk sama-sama berubah untuk masa depan yang hakiki...
Read more...

Monday, November 21, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2011


assalamualaikum....

alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmatNya yang tidak terkira..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW..sudah agak lama kami Lajnah Penerangan dan Penerbitan QUDWAH tidak mengemas kini blog ini disebabkan beberapa faktor tertentu..di samping pelajar tingkatan 1,2,3 dan 5 yang sedang berjuang di medan peperiksaan..bittaufiq wannajah diucapkan kepada mereka..ندعوا لكم النجاح والتفوّق...tidak lupa kepada pelajar tingkatan 4 yang sedang menunggu result SMTQ..semoga dapat mengisi masa yang terluang dengan ilmu-ilmu bermanfaat...segala cadangan, tunjuk ajar, dan komentar dari pembaca di harapkan dapat diperbaiki lagi blog ini dari masa ke semasa..semoga apa yang di usahakan oleh kita ini dapat menyumbang kepada pembangunan Islam..

renungan bersama :
'kita amat bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan dengan segenap pengorbanan dan pelbagai persediaan..apa yang ingin hadapi hanyalah dua tiga jam sahaja di dalam dewan peperiksaan untuk beberapa hari..namun bagaimnakah, persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan yang mungkin dua tiga jam di akhirat demi meneruskan kehidupan hakiki..janganlah kita hanya bersungguh-sungguh untuk peperiksaan di dunia sahaja hingga terlupa persediaan untuk akhirat..ingatlah kita juga akan diperiksa di akhirat kelak..

RENUNG-RENUNGKANLAH AMALAN KITA!!!
Read more...

Saturday, November 19, 2011

5 Syarat Hendak Melakukan Dosa

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui
Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu
mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan
maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika
kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan
kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini
rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin
Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,
masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-
Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian
menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat
terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat
dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu m asih berkeinginan melakukan
maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk
dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan
kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini
bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu
bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun
menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat
itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini
akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil
terisak-isak. wallahu a'lam....

Read more...

Wednesday, August 3, 2011

Cabaran Menjadi Golongan Ghuraba'


Banyak perkara yang mengelirukan kita pada akhir zaman ini. Kita hidup di zaman yang penuh kekeliruan. Pemikiran kita bercampur-campur. Antara kekalutan situasi yang ada dan kerencaman pelbagai anasir yang wujud dalam menyelesaikan kekalutan itu. Banyak ketulenan sudah hilang. Agama yang asal juga diubah menurut kehendak penaja yang bercakap mengenainya. Bercampur baur antara sunnah dan bidaah. Semua perkara didagangkan, demikian agama juga dilelong. Siapakah yang jujur sukar dicari.

Setiap produk samada barangan ataupun politik cuba dikaitkan dengan nama agama untuk dilariskan jualannya. Agama dibengkuk dan dibentuk menurut kehendak pasaran. Pasaran makanan, pasaran pakaian, pasaran politik, pasaran pendidikan dan seumpamanya diberikan nama agama. Sehingga dari produk makanan, pakaian, politik dan segalanya ‘dicelup’ nama Islam. Kita pun sukar hendak pasti antara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan jujur keranaNYA, dan yang bertujuan mendekatkan wang kepadanya dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.

Inilah yang berlaku kepada golongan Ahlul Kitab yang dilaknat oleh Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “Ini dari sisi Allah”, supaya mereka (dengan perbuatan itu) dapat membelinya dengan harga yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”. (Surah al-Baqarah, ayat 79).
Itulah Ahlul Kitab, mereka menggunakan nama Allah untuk produk diterima sekalipun ia sama sekali tidak berasal dari Allah dan hanya bidaah dan rekaan mereka semata.
Golongan Sedikit
Malangnya, di akhir zaman golongan yang menjadikan agama itu bersimpang siur telah menguasai keadaan. Sesiapa yang enggan dia tersepit di tengah ombak kecelaruan yang mengkaburkan. Banyak pendapat dan andaian muncul di sana-sini; sehingga kita tertanya-tanya siapakah yang jujur, siapakah yang berdagang agamanya. Siapakah yang patut kita bela? Inilah suasana dunia yang membaluti kita hari ini. Pendirian agama kita dipaksa oleh orang lain. Kita tidak diberi kebebasan berpegang dengan apa yang kita yakin dari dalil-dalil yang kita baca dari al-Quran dan Sunnah. Itu kadang-kala dianggap menyanggahi majoriti.
Kita tidak menafikan masih ada golongan yang soleh, tetapi mereka itu sedikit di akhir zaman, mereka ghuraba`. Nabi bersabda:
“Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku, yang menegakkan urusan Allah (Islam), mereka tidak dapat dimusnahkan oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah (Kiamat) mereka tetap bangkit” (Riwayat Muslim).
Kata al-Imam Ahmad: “Jika mereka bukan ahlul hadis, aku tidak tahu siapa lagi”. Ertinya golongan yang berpegang kepada nas-nas Nabi s.a.w. itu akan tetap ada, ditentang dan dilawan, namun tetap bangkit.
Ya, di akhir zaman, golongan ini minoriti. Mereka dianggap asing di tengah lautan manusia yang rosak. Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:
“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).
Ghuraba`

Ghuraba` atau asing itu ada dua bentuk. Pertama; asing di sudut jasad, seperti mana seseorang yang pergi ke tempat baru yang dia tidak dikenali. Maka, dia akan berasa terasing dalam masyarakat yang baru, atau orang melihatnya asing kerana baru hadir. Namun, itu senang untuk diselesaikan. Sedikit pergaulan mesra, dan pandai mencari kawan, keadaan mungkin tidak asing lagi.
Kedua; asing di sudut ruh dan pemikiran. Sekalipun seseorang itu lama atau anak jati masyarakatnya, tetapi dia mungkin dianggap asing disebabkan pemikiran yang berbeza dengan mereka, atau sikap yang asing dari kebiasaan masyarakatnya. Dia terpencil kerana pendiriannya. Hal ini menyebabkan dia akan dipulau, dikecam, dihina dan ditolak. Tidak dapat diubah keadaan ini, melainkan dia mengubah prinsipnya, atau dia berjaya mengubah persepsi masyarakatnya. Itu merupakan tanggungjawab yang berat. Apatah lagi dalam masyarakat akhir zaman, di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).
Maksudnya, golongan yang asing dan terpencil dari kelompok mereka, samada kabilah keturunan atau kumpulan-kumpulan yang wujud dalam dunia hari ini.
Biasanya, setiap puak mahu kita mengiyakan sahaja apa yang mereka kata. Jika mereka bangsa, mereka mahu samada buruk atau baik, kita sokong semua tindakan bangsa atau kabilah kita. Jika amalan tradisi yang bidaah dalam masyakat, disuruh terima sekalipun menyanggahi kitab dan sunnah. Kalau parti politik mereka mahu supaya kita tunduk kepada mereka samada yang benar atau yang salah. Demikian kumpulan dan organisasi dan seumpamanya.
Bagi mereka, jika tidak tunduk sepenuh itu tidak ada pendirian. Menyokong sebahagian perkara, berbeza dalam beberapa perkara dianggap berpendirian tidak teguh, kerana paksi mereka itu adalah kumpulan atau bangsa. Namun, golongan ghuraba’, paksi mereka adalah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Mereka itu ‘Allah centric’, berpaksikan Allah dalam keputusan, sekalipun terpaksa berkorban jawatan, nama, rakan dan kedudukan.
Amatlah sukar untk hidup sebagai ghuraba`. Tekanan perasaan dan jiwa akan melanda. Mungkin mudah untuk diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, mereka dijanjikan syurga. Janji Nabi s.a.w: ‘Beruntunglah ghuraba’. Golongan ghuraba’ bukan asing dinisbahkan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah, tetapi asing dinisbah kepada keadaan sekeliling yang berbeza dengan kedua sumber agung itu. Namun, apakah pilihan yang ada, sedangkan Allah mengingatkan Nabi s.a.w: (maksudnya)
“Jika engkau taat kepada kebanyakan mereka di bumi ini, nescaya mereka menyesatkan engku dari jalan Allah” (Surah al-An’am, 116).
Ketika ramai manusia berlari mencari keredhaan makhluk, golongan ghuraba’, berlari mencari keredhaan Allah, sekalipun dimusuhi makhluk. Firman (maksudnya):
“Maka larilah kepada Allah” (Surah al-Zariyyat, 50).
Hidup sebagai ghuraba’ bukanlah mudah, namun kadang-kala kita terpaksa mengharunginya. Ini menambahkan tawakkal, keikhlasan, kekhusyukan dan segala jalan yang mendampingkan kepada Allah. Ketika dunia enggan berdampingan, tiada teman melainkan Tuhan al-Rahman dan rakan-rakan yang menjalani kehidupan sebagai ghuraba’. Di situlah limpahan kemanisan perjuangan.
Read more...